Khamis, Januari 01, 2009

Antara buli dan berdikari

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita bercerita tentang antara buli dan berdikari...

Jika ada lelaki yang menjahit baju mereka yang terkoyak, lelaki tersebut bolehlah dikatakan jenis yang berdikari. Sebab jarang ada lelaki yang gemar berbuat demikian.Tetapi jika lelaki meminta pompuan menjahit pakaian mereka yang terkoyak, itu adalah perkara biasa kerana bab bab menjahit ni lebih sinonim dengan pompuan.

Begitu jugak pompuan, mereka boleh juga dikatakan jenis yang berdikari jika menjahit pakaian sendiri. Lagipun bagi pompuan, menjahit baju sendiri adalah ilmu kemahiran hidup yang patut mereka ketahui. Namun jika pompuan menyuruh lelaki menjahit pakaian mereka yang terkoyak, mereka boleh dikatakan jenis yang membuli kerana pelik benar jika pompuan tak tahu menjahit. Betul tak..?

Lelaki juga seorang yang berdikari jika menggosok pakaian sendiri. Walaupun mutu gosokan baju tadi tak seberapa memuaskan, namun itu sudah memadai kerana bagi lelaki, asalkan baju bergosok, itu sudah cukup bagus. Macam mana pun takpa, janji gosok. Tetapi jika lelaki meminta pompuan menggosok pakaian untuk mereka, itu juga adalah perkara biasa kerana pompuan lebih teliti dalam kerja kerja menggosok pakaian.

Berbanding pompuan, menggosok pakaian bagaikan satu perkara yang wajib bagi mereka. Pompuan amat berasa tak selesa jika mengenakan pakaian yang tak bergosok. Namun jika pompuan menyuruh lelaki menggosok pakaian untuk mereka, ni sudah terang dan nyata bahawa mereka mahu membuli lelaki. Ini kerana baju sendiri pun lelaki payah nak gosok, apatah lagi baju orang lain. Lagipun takkan la pompuan tu tak tahu menggosok. Betul tak..?

Lelaki juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang berdikari jika melipat baju sendiri. Dan anda semua boleh tabik spring jika seseorang lelaki pandai melipat baju sendiri. Sebab kebanyakkan lelaki lebih gemar menggantung baju dari melipat. Bukan apa, hari ni lipat jadi lain. Esok lipat jadi macam lain pulak. Tetapi jika seorang lelaki meminta pompuan melipat baju mereka, itu adalah perkara biasa kerana pompuan mempunyai bakat semulajadi dalam bab bab lipat baju nih.

Berbanding pompuan, mereka sebenarnya amat menghayati serta enjoy ketika melipat baju. Mereka mempunyai sentuhan sentuhan seni yang halus dan mereka mempunyai teknik lipatan serta pattern yang sentiasa sekata dan sama. Dan jika seorang pompuan meminta seorang lelaki melipat baju untuk mereka, nampak sangat mereka membuli lelaki tersebut. Ini mereka semua sedia maklum, lelaki takat lipat kain boleh laa. Betul tak..?

Kesimpulan:
Lelaki bukanlah kaki buli.....(dan mungkin juga bukan berdikari)

0 ulasan: