Rabu, Disember 31, 2008

Lelaki Prihatin ?

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Kisah kedua yang aku copy survey ni dari blog sahabat. Tajuknya, Lelaki prihatin ???

Katanya, lelaki gemar duduk melepak beramai ramai. Namun jika bersebelahan meja mereka terdapat sekumpulan perempuan melepak, anda akan dapati mesti terdapat salah sorang dari kumpulan lelaki tersebut hanya duduk diam dan memerhati keadaan sekeliling sesambil jeling-jeling ke arah kumpulan perempuan tadi. Ini bukanlah bermaksud lelaki diam tadi cuba hendak mengorat kumpulan perempuan tadi, tapi itu adalah tanda menunjukkan lelaki sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang kumpulan perempuan tadi. Ini kerana jika terjadi apa apa kepada kumpulan perempuan tersebut, lelaki yang diam tadi akan bertindak dahulu kerana orang lain masih asyik bersembang. Prihatin sungguh lelaki ni?

Berbeza perempuan jika dah duduk sembang berjemaah, mereka selalunya akan terus hanyut dalam sesi perbualan mereka. Mereka selalunya jarang mengambil pusing tentang keadaan sekeliling mereka. Jika terjadi sesuatu insiden, kumpulan perempuan ini juga berkemungkinan tidak menyedarinya. Maklum la, mereka semua sibuk bersembang. Kejam kejam :P

Lelaki juga gemar bersembang secara beramai-ramai dan topik perbincangan selalunya berkisarkan kepada isu-isu sensasi dan hangat. Namun isu isu yang di bualkan selalu bergantung kepada jenis kumpulan lelaki tersebut. Kalau geng politik, mereka akan sembang politik. Kalau geng bola, mereka akan berbicara tentang bola. Namun sebagai lelaki, apa jua topik yang di bincangkan, mesti juga terselit tentang perempuan(?). Ini bukanlah bermaksud kumpulan lelaki tersebut kaki perempuan, namun ini jelas menunjukkan bahawa kaum perempuan langsung tidak pernah lenyap dari pemikiran lelaki. Prihatin sungguh lelaki,kan?

Berbanding perempuan, jika bersembang dan ada topik yang menarik..mereka selalunya akan bercerita tentang topik itu secara berterusan dan mungkin juga berulang-ulang. Tapi selalunya sebagai perempuan, mereka juga gemar membicarakan tentang orang pompuan yang lain. Nak kata mengumpat perempuan lain, tak baik jugak. Tapi itulah hakikatnya bahawa perempuan gemar membicarakan tentang perempuan lain. Ini jelas menunjukkan bahawa lelaki jarang mendapat perhatian dalam topik perbincangan antara perempuan. Kejam kejam :P

Lelaki juga selalunya kesian dengan perempuan yang lepak sorang sorang. Atas dasar ini, lelaki tak kisah untuk mengajak perempuan menyertai kumpulan lelaki untuk lepak bersembang. Tadak la perempuantu sunyi sangat. Ini secara tak langsung menunjukkan lelaki ambil berat dengan pompuan yang lepak sorang sorang nih. Prihatin sungguh lelaki,kan?

Berbanding perempuan, mereka selalunya tak peduli sangat dengan lelaki yang lepak sorang-sorang nih. Apatah nak mengajak lelaki tu menyertai mereka...huiii...jauh panggang dari api. Kesian lelaki tadak sapa yang amik peduli. Kejam kejam :P

Akhir sekali, lelaki selalunya amat prihatin dengan kehadiran perempuan. Contohnya jika perempuan melintas ketika kaum lelaki sedang rancak bersembang, lelaki secara tiba-tiba akan berhenti bersembang seketika. Dan mata lelaki akan tertumpu pada pompuan tersebut hinggalah perempuan tu hilang dari pandangan. Keadaan ini bukannya menunjukkan lelaki bermata keranjang, tapi lelaki sebagai manusia mengambil berat, mereka sanggup mengetepikan benda lain hanya semata mata untuk perempuan. Ini jelas menunjukkan betapa prihatinnya lelaki terhadap perempuan :)

Berbanding perempuan....errr....tamau komen apa laa. Lu pk la sendiri..hehhe hehhe

0 ulasan: