Jumaat, Januari 01, 2010

Sebelum dibius cinta..

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Sebelum kita DIBIUS CINTA ; saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
> Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

> Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

> Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

> Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

> Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

> Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

> Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

> Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

> Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

> Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

> Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

> Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

> Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

> Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Fikir-fikirkan...

Ahad, Mei 24, 2009

kalau dia tak ada...

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…




Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.

Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.

Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.

Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.


p/s : Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?

*dipetik dari artikel di http://www.kujie2.com

Selasa, Mei 12, 2009

Lelaki & Gerakkannya

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita menilai lelaki melalui pergerakkan mereka

MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk- anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

MENGGERAKKAN BADAN DAN TANGAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

MEMANDANG MATA
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

SENSITIF DENGAN JARAK
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Sabtu, Mei 09, 2009

WANITA

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini cerita pasal WANITA..

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah airmata!!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Selasa, April 21, 2009

Selasa, Mac 24, 2009

CINTA @ NAFSU ?

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita bercerita tentang CINTA vs NAFSU dari sudut ilmiah.

" Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia." Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak dengar kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Pelajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. "Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya" Awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

...and they lived happily ever after. Separately.

Rabu, Februari 25, 2009

Seorang Gadis Itu..

oleh : lia_ina
www.iLuvislam.com

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Ahad, Februari 22, 2009

"Wahai Suamiku...Jua Isteriku..."

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini ku petik artikel dari www.halaqah.net bertajuk "Wahai Suamiku...Jua Isteriku..."

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'. Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat... Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas... Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat... Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut. Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itu sendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.' Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..." Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan... Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek... Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut? Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka. Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak- ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian... Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku mahu keluarga bahagia."

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia `tidak ujud' hanya dengan kata-kata... Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan... Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori). Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan! "Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah... "Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan.. Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa... Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untuk dibentuk... Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'... Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan... Cerdik mendidik anak-anak, Cerdik dalam `argument' dan lojik?. Jangan hanya jadi `pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'... Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap... Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah... Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...' Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat, kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya... Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri" sahaja memainkan peranan... Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."

Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua. "Kongsi kasih-sayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita... TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing... (`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan... Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami... Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...' Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu... Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah..Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...' Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri' menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting... Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ... Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT!

Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk pulak..."

Rabu, Februari 18, 2009

PETUA MEMENANGI HATI ISTERI

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini aku berbesar hati untuk mem'posting'kan sebuah artikel dari http://disertasi.blogspot.com berkenaan 'PETUA MEMENANGI HATI ISTERI'. Mari kita sama-sama mengamalkannya..

1.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

2.Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

3.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

4.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

5.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

8.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

9.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

10.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

11.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

12.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

13.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

14.Solat bersama dan berdoa bersama.

15.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

16.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

17.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

18.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

19.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

20.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

21.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letakkan barangan yang hendak dibawa di kereta.

22.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

23.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

24.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

25.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

26.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

27.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

28.Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

29.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

30.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

31.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

32.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

33.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

34.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

35.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

36.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Rabu, Februari 11, 2009

MEMBEBEL

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita bercerita tentang MEMBEBEL.
Orang kata, orang perempuan ni banyak membebel. Membebel je kerjanya, mungkin itu satu hobi yang sihat bagi mereka. Senaman mulut barangkali.

Apabila mereka membebel, mereka akan bercakap tanpa henti-henti. Orang dengar ke tau tidak dengar, peduli apa, yang penting membebel. Tak kira, sama ada suami dia orang besar atau orang biasa, dia tetap akan membebel. Sedangkan Umar yang garang pun, isterinya berani membebel kepadanya, apalagi orang biasa macam kita.

Kadang-kadang, orang perempuan ni membebel dengan mencekakkan tangannya ke pinggang. Kadang-kadang sambil buat kerja mereka membebel. Ya, membebel, itu mungkin satu tabiat yang sihat bagi mereka. Aku pun tidak faham sebenarnya.

Nak marah orang perempuan membebel, tak boleh. Tabiat semulajadi dan itu bakat mereka yang terlatih, takkan hendak dihalang. Lagipun ini adalah skill mereka yang terpelihara dan sentiasa diasah hari demi hari, maka takkan nak ditinggalkan. Ala, membebel je, bukannya benci pun. Saje-saje nak membebel.

Membebel ni timbul apabila orang perempuan ni terlalu penat, atau terlalu letih. Sama ler tu. Bila mereka dah sangat penat, si lelaki pula sibuk ternak lemak kat perut, ha, mana taknye si perempuan ni akan membebel. Mulalah diungkit semuanya walau semasa bercinta dulu, Engkaulah segala-galanya. Ala, bukannya benci pun, sekadar memenuhi tuntutan fitrah. Lagipun senjata perempuan ni dua je, menangis dan, membebel lah, apa lagi. Kan kita sedang bincang tentang membebel ni.

Kadang-kadang manis juga si perempuan ni membebel. Hari-hari dengar mereka membebel. Dalam SMS pun mereka membebel. Dalam telefon pun mereka membebel. Ada kesempatan jumpa walau sekejap pun, mereka membebel. Ha, kalau tak dengar mereka membebel walau sehari, alamat kiamat dunia. Sunyi je, lengang sangat, bosan pula ye. Ha, masa tu mula lah rindu nak dengar mereka membebel.

Membebel ni sebenarnya nasihat. Anehnya, tak ramai orang perempuan boleh memberi nasihat di depan khayalak semacam Dr Masyitah. Dr Masyitah tidak membebel, tetapi ia memberi nasihat. Membebel dengan memberi nasihat ni beza, kerana membebel tidak perlukan kepada pembacaan dan pengetahuan, ia berlaku secara spontan. Ya, spontan sahaja idea membebel itu keluar tanpa perlu banyak berfikir. Bila mereka penat, mereka berhentilah membebel.

“Kenapa orang perempuan suka membebel?” tanya aku pada Abang Zamzuri satu ketika. Abang Zamzuri ni, puitis orangnya, baru sahaja memenangi anugerah yang berkaitan kesusasteraan dan mendapat tempat kedua. Tahniah. Tetapi, bila aku mendengar hujjah Abang Zamzuri, alahai, dia pun macam membebel. Aku naik boil dibuatnya, orang perempuan membebel, Abang Zam pun membebel. Bukan ke membebel ni anugerah Allah kepada wanita dalam menghadapi suaminya?

Jadi, kenapa Abang Zam pun membebel? Aku semakin bingung, kepala aku pecah memikirkannya. Aku cuba mencongak-congak dalam benak kepala, membebel sama dengan perempuan, tetapi Abang Zam juga membebel, bermakna Abang Zam adalah elemen bebelan dan elemen bebelan adalah perempuan, maka Abang Zam juga perempuan? Eh, betul ke? Apasal hari tu aku tengok banyak je bulunya kat kaki. Orang perempuan bukan begitu. Apasal suaranya kasar semacam je, macam suara aku, orang perempuan suaranya halus.

Eh, Abang Zam bukannya perempuan. Ha, aku baru teringat. Namanya Zamzuri bin Mustafa, bukannya binti. Orang yang ada bin ni orang lelaki, bukannya perempuan. Jadi, Abang Zam adalah lelaki bukannya perempuan. Habis tu, mengapa Abang Zam pun suka membebel?

“Abang Zam , saya nak tanya. Abang ni lelaki ke perempuan?” aku bertanya satu hari. Hadiahnya, kepala aku yang kena lekuk. Aku mengadu kepada Nik Affendi. Aku makin pening, bingung dan keliru. Aku minta penjelasan daripada Nik tentang identity Abang Zam, mungkin dia lebih mengetahui. “Kamu ni pun satu, mestilah dia lelaki, kalau tak, takkan kamu panggil dia abang?” jelas Nik.

“Tapi Nik, kenapa dia suka membebel. Membebel kan sikap orang perempuan. Nik kaget. Dia mula terkial-kial untuk menjawab. Aku mula meragui identiti sebenar Abang Zam. Aku tetap berpegang teguh dengan konsep bahawa orang perempuan sahaja yang membebel, orang lelaki tidak. Maka sahlah Abang Zam ni perempuan. Ha, mungkin nama sebenarnya Zamzuriah. Patutnya aku panggil dia kak saja.

Sejak kecil lagi aku tengok orang perempuan je membebel. Emak aku pun membebel kerjanya. Kadang-kadang geli hati aku tengok mak aku. Lepas penat dia membebel, dia ketawa sorang-sorang. Aku jadi pelik, tadi membebel, ni gelak pula. Oh, patut pun, adik aku yang lain buat lawak, jadi mak aku gelaklah. Lepas tu, sambung membebel balik.

Jadi membebel ni bukannya perkara yang pelik sangat pun. Ia adalah caj positif. Nak membebel, membebellah. Bila aku besar, bergaul dengan orang perempuan, aku masih tetap mendengar mereka membebel. Si Syuhada’ membebel, si Husna pun membebel, si Aniza membebel dalam SMS, macam-macam si lagilah yang membebel. Jadi sebab itulah aku membuat kesimpulan membebel ni perempuan dan perempuan ni membebel.

Aku tidak pernah dengar Alan membebel. Umar pun tidak, Afifi pun tidak, Na’im pun tida, Amin loyar buruk ada la, tapi tak pernah aku dengar orang lelaki membebel. Sebab itulah kepercayaan aku bahawa hanya orang perempuan membebel semakin menebal.

Apa ye maksud membebel? Aku cari dalam kamus, hurm, tak jumpa. Oh, patut pun, aku cari dalam kamus Melayu-Inggeris, sampai bila nak jumpa. Bila orang membebel, mulutnya bergerak laju. Aku tidak sempat nak rekod berapa kelajuan yang dicatatkan semasa membebel. Tetapi aku yakin ia bergantung kepada keupayaan seseorang. Orang yang biasa membebel pasti sangat tangkas dan cepat mengeluarkan senjata air liurnya itu. Siap-siap, tangan pun naik sama. Orang lelaki pula mesti buat donno, kalau lelaki membebel, alamak kiamat dunia.

Hari tu, aku jumpa Abang Zam sekali lagi dan bertanya kepadanya, “Abang, abang ni lelaki ke perempuan”. Dan Abang Zam mula membebel… Perkongsian Oleh :

Artikel disalin dari blog www.dzulkhairi.blogspot.com

Selasa, Februari 03, 2009

Romantiknya Nabi Kita...

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita berbicara tentang sifat romantik Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Bagi yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Ameen.

Lawatilah http://lutfimj2006.blogspot.com/

Ahad, Februari 01, 2009

Anda nombor berapa...???

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita tengok, ?? Anda nombor berapa...??

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s : ini ialah petikan 'cut and paste' dari email seorang teman.... kebenaranya wallahuallam.... hanya Allah yang mengetahuinya......

Jumaat, Januari 30, 2009

Kenali budi pekerti wanita

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

Cerewet
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

Ikhlas
Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

Korban
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

Prihatin
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

Seks
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.

Khamis, Januari 29, 2009

Kenali karakter melalui tarikh lahir

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita mengenalpasti elemen antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.

Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.




1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Rabu, Januari 28, 2009

Things You Can Learn About a Guy in 10 Minutes

Assalammu'alaikum wbt. You don't have to date a guy for six months to get the lowdown on who he really is. With the right clues, you can size him up in 10 minutes. "A man's actions -- especially the ones you see in unguarded moments when he's not going out of his way to try to impress you (or doesn't realize you're watching) -- can speak volumes about his character and personality traits," says Rita Benasutti, PhD, a psychotherapist who specializes in couples' issues. To help you decode a guy you've just started seeing, Cosmo called on a team of experts to tell you how to assess his actions and tap into his boyfriend potential, pronto.

His Favorite Sport
"Solo sportsmen, like runners and swimmers, 1 savor their independence and relish spending a lot of time alone," says relationship-skills coach Steve Nakamoto, author of "Men Are Like Fish: What Every Woman Needs to Know About Catching a Man." Men who are fans of mainstream team sports, like football, basketball, and baseball, 2 tend to be competitive -- on the field and in all aspects of their life -- and they like to hang with their entourage. As for the guy who's just not into sports at all, 3he's an independent thinker, usually on the sensitive side."

How Long He's Been Hanging With His Friends
A guy who has been friends with the same posse since he was 10 years old can certainly claim 4 loyalty as one of his strong suits. But "you better like what you see, because he's probably not great with change," says dating coach Liz H. Kelly, author of "Smart Man Hunting." "And be patient, because it will take a while for you to win his trust." If your date has buddies from all areas of his life -- i.e., college, the gym, work -- don't be afraid to drag him to your cousin's wedding. 5 "He has no problem schmoozing strangers and adapts to new situations easily."

Credit vs. Cash
A guy who likes to flash his plastic 6 craves status. "He may be ambitious and confident. He'll reach his financial goals," says Rob Ronin, PsyD, a licensed clinical psychologist and registered financial consultant. "If he always pays in cash, 7 he's self-sufficient and independent," which might make him a difficult dude to corner. And if his wallet is dry? 8 Here's a guy who's dependent on others to take care of him.

His Bad Habits
Gambling men 9 are risk-takers, which can make them a lot of fun. "But their over-the-top optimism that they'll come out ahead makes it difficult for them to face reality," says Mitchell Parks, MD, assistant professor of psychiatry at Vanderbilt University, in Nashville. "Hard-core smokers 10 tend to be anxious," says Dr. Parks, so it can be hard to pin them down for couple-time. And if he's a boozer, 11 he could be hiding his insecurity behind his buzz.

His Communication Style
When your date opts to email you -- rather than call -- 12 he could be a hard nut to crack. "The fact that he chooses a communication method that allows him to edit what he says signals that he might not want to show his true self," says Jeff Bryson, PhD, professor of psychology at San Diego State University. An IM addict 13 craves your nonstop attention and needs that instant assurance that you're there for him. And the phone fan? 14 He might be a little old-fashioned and likes to do things by the book. But, according to Bryson, "he's not afraid of intimacy."

The Clothes You Wear That He Prefers
If your fave T-shirt and jeans or a cute little sundress do more for him than your slinky black number, 15 you're dating an earthy, laid-back guy who likes equally laid-back, low-maintenance chicks. A man who's wowed by a woman who likes to get dolled up in high-end designer duds 16 places a high priority on prestige. "He'll probably make a lot of money, but it also might play too important a role in his life," says Los Angeles clinical psychologist Nancy Irwin, PsyD. And a guy who wants a Carmen Electra-sensual girl on his arm 17 is looking for an ego boost. "He places a lot of value on being admired and envied."

How He Deals With Traffic
If he constantly weaves in and out of cars, tailgates slowpokes, and glares at other drivers, 18 "it's pretty clear that he has a problem with aggression," says Leon James, PhD, professor of psychology at the University of Hawaii and author of "Road Rage and Aggressive Driving." While a forceful personality might take him far in the workplace, it could be difficult to deal with this argumentative guy in a relationship. If he's able to exude Zen-like calm when stuck in gridlock, 19 "he's likely to have more self-control."

What He Orders in a Restaurant
A meat-and-potatoes-type guy 20 is usually steady and dependable, says image coach Dianne Daniels, author of "Polish and Presence: 31 Days to a New Image." "But he's also a little unadventurous." If your date goes for exotic dishes, 21 "you're with someone who makes spontaneity a priority and could easily get bored with the status quo."

Neat Freak or Messy Man
A guy who puts his dirty socks in the hamper is one thing; a guy who color-codes them in his drawer is something else. 22 "This man is way too fastidious to have fun," explains Daniels, "and he'll expect you to be just as neat." A mildly messy man 23 is looser and more open-minded. But if the inside of his shower has never seen a scrub brush, 24 he may be immature or just plain lazy.

Favorite TV Shows
Take note if he parks himself in front of one sitcom after another. 25 "Here's a guy who uses humor to defuse stress," says TV producer Hedda Muskat, author of "Dating Confidential: A Single's Guide to a Fun, Flirtatious and Possibly Meaningful Social Life." This can be a good thing, because he won't hold a grudge against you or lose his cool. But it also might be hard to get into a serious conversation with him, which can be frustrating. "The more you try to discuss something important, the more evasive he will become," says Muskat. A couch sleuth who's fascinated by CSI-type shows, on the other hand, 26 is analytical and thoughtful. "He prides himself on his problem-solving abilities and will be there for you when you need support," says Muskat.

His Birth Order
"The oldest child 27 is usually a responsible, take-charge kind of guy," says Nancy Fagan, author of "Desirable Men." If your babe is the baby of his brood, 28 "he's likely to be creative and a little rebellious." As for a middle man: 29 "He's a sensitive soul who needs loads of attention."

How He Approaches PDAs
When you're out in public and he's all over you like a rash, 30 "he's either trying to show you off or marking his territory, both of which are signs of insecurity," says Nakamoto. A guy who's allergic to body contact in public is 31 unsure about his feelings for you or your feelings for him. "PDAs are statements of togetherness," says Nakamoto. "If he has doubts, he'll keep his distance physically."

Whether He Always Drives or Wants You To
"A guy who doesn't automatically assume driving rights 32 is likely to let you steer the relationship at least some of the time," says Kelly. A man who hogs the wheel -- even in your car -- 33 is sweetly old-fashioned at best and, at worst, could be a control freak.

The Guy's Grooming MO
A guy who checks out his reflection in every store window you pass is obviously vain. But, interestingly, 34 it's also a sign of a dude who's intent on succeeding. "Presentation is everything to this kind of man," says Sheenah Hankin, PhD, author of "Complete Confidence." "He sees it as a measure of his self-respect and success." 35 The low-key, less conceited guy might be less ambitious, "but he's easier to connect with emotionally because he's not as superficial," says Hankin. "What counts on the inside matters more to him."

If He Looks You in the Eye
"A man who doesn't make eye contact during conversation 36 may not be trustworthy," says speech coach Diane DiResta, author of "Knockout Presentations." "Meanwhile, if his eyes bore into yours as he's talking, 37 he might be trying to intimidate you." But a smoldering gaze -- you know what that looks like -- 38 means he's immensely fond of you.

His Speaking Style
If your man moves his mouth a mile a minute, 39 you're with a spontaneous, high-energy guy who may be a little too self-absorbed. "Fast talkers get so wrapped up in making a good impression that they don't pay attention to their audience," says DiResta. Slow talkers 40 typically play it safe. "The way they deliberate every word before it comes out of their mouth is indicative of how they approach life: They look before they leap." So although you shouldn't expect a lot of surprises, at least you'll know he means what he says.

Things You'll Only Learn With Time
Your speedy profiling skills won't reveal these tidbits from psychotherapist Katherine Woodward Thomas, author of "Calling in 'The One'."
How loyal he'll be: Wait and see if you're shown the same allegiance as his buds are.
If he's a man of his word: Will he really keep those promises he made to you early on?

His little quirks: Time reveals the small details that really make a person tick.
If his parents' split haunts him: His broken home may have issued him some big-time emotional baggage.

Reprinted with permission of Hearst Communications, Inc.

Isnin, Januari 19, 2009

Kenapa wanita PERLU hidup lebih lama ??

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita tengok sebuah kisah sebenar.. & sila komen di akhir story, yer..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..

dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapuruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle..

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis laktu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatmentcream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosokkejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...

g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..

dalam pada nak masuk kebilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari taksiram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grillpun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...

cium si comel nikejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempersni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...

mana pulak lotion sapu kurus akunih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...

Ya Allah...terima kasih untuk rezeki-MU hari ini...mohon keberkatan dari-Mu Tuhan... papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? & kenapa wanita PERLU hidup lebih lama?..

SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!! hik hik~

Sabtu, Januari 17, 2009

Kenali keikhlasan si dia.

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini buat si gadis, mari kita kenali keikhlasan si dia.

PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.

Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan.

Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya.

Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.

· Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

· Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

· Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

· Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

· Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

· Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

· Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

· Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

· Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

· Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

· Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.

· Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

· Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

· Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

· Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!

· Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

· Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain

---------------------------------------------------------------------------

Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

REFF

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

REFF 2x

sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh

Isnin, Januari 12, 2009

A Perfect Marriage..??

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita tengok pic yg aku sedut dari iluvislam.com heHE




"perkahwinan yg baik bukanlah apabila pasangan yg terbaik bersama, (tetapi) apabila pasangan yg biasa belajar memahami perbezaan mereka"

hermmm cam best lak kan bila dipikir-pikir.. kalau sudah dua-dua sudah bagus, baik, apa yang bestnya lagi, kan? Rasa sudah tiada apa yang perlu di'modified' kan..?? heHE Jumpa lagi!

Ahad, Januari 11, 2009

8 Sifat 'G' Wanita Benci

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita bercerita tentang lapan(8) sifat 'G' yang orang perempuan tidak gemar ada pada lelaki.

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam lah dia betul semua, dan sebagainya). Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dan sebagainya) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yang dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dan sebagainya) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

(miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

SUMBER : Dr. Fadzilah Kamsah...

Khamis, Januari 08, 2009

Tangani kemarahan

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini kita berbicara, tentang dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana salah faham atau munculnya orang ketiga.

Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan.

Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan.Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus redha dan memberi ruang untuk masing-masing berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya.

Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang dihadapi:

1. Hubungan tidak terjamin lagi
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda.

Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

2. Suka dengan wanita lain
Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

3. Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

4. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

5. Jangan jadi anak emak
Beberapa kerap anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.


6. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu?

7. "Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya)"
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama.

Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

8. Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini.
Anda fikir apabila kini sudah berkahwin, inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya.Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

9. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka.

Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko. Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.

Artikel asal di www.hmetro.com.my

Rabu, Januari 07, 2009

Tribute-to-her

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita sama-sama selami puisi yang aku 'sedut' dari www.ukhwah.com

Perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan
yang sementara ini.
bahagia dan derita kita
sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air di cawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi demi niat hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya
bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu
yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri
yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya
kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )
Marilah sama-sama
kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar
cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali
pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet
memaparkan yang indah-indah
pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan
pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa:
rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Selasa, Januari 06, 2009

Jom support da' scene!!!




Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini mari kita beramai-ramai mendoakan kesejahteraan dan kemenangan saudara kita di bumi Palestin. Sayu hati ini apabila melihatkan anak-anak kecil menjadi yatim, wanita-wanita menjadi balu. Turut luluh rasa hati apabila anak-anak kecil turut menjadi antara statistik mangsa korban di bumi Anbiya' tersebut. Mari beramai-ramai kita membaca doa Qunut Nazilah seperti di atas tu. Jumpa lagi!


Isnin, Januari 05, 2009

Di kedai makan

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini meh kita tgok perbandingan lelaki & perempuan di kedai makan eHek!~

Lelaki
Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
G surau



Perempuan
Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
Sampai depan kaunter "berapa?"
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau!!!!!



p/s : berapa banyak step daa

Khamis, Januari 01, 2009

ABC atau 123... ???

Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk post kedua buat hari ini pula, aku sempat memikirkan suatu analogi. Si wanita selalu memikirkan kehidupan ini semudah ABC sedangkan lelaki akan sering memikirkan dunia ini ibarat 123... Apa yang aku maksudkan dengan ABC dan 123 tu?

Apabila kita menyebut ABC, kita semua tahu penghujungnya adalah XYZ kan? Begitulah pandangan wanita. Survival di dunia ni bagi mereka ada solutionnya, so that ada closingnya. Berbanding lelaki, mereka menganggap dunia ini sejak penciptaan Adam AS sehingga hari Kiamat, ada keperluan survival untuk mereka juangkan. So, tiada noktahnya di situ; sama konsepnya dengan 123.... Apa akhirnya? ; melainkan sekadar ditulis infiniti(∞).

Mari kita sembang-sembang antara lelaki dan wanita. Akan ketara perbezaan di antara mereka apabila kita berbicara dalam beberapa hal terutama perkara-perkara kompleks seperti dalam hal ekonomi dan politik. Pasti si wanita akan surrender awal-awal dalam hal sebegini berbanding isu-isu sukan, filem hiburan dan lain-lain kalaupun tidak tentang hal wanita yang tidak memerlukan mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat.. Ya, wanita tak mampu berfikir sebab otak mereka sudah padat dengan pelbagai isu.



Contoh mudah hari ini aku sempat melayari laman blog tentang kewangan dan ekonomi di www.pakdi.my .Sedikit sebanyak aku sudah faham sikit-sikit apa itu pengurusan kewangan peribadi,pengurusan hutang, krisis ekonomi dunia, saham dan istilah seperti 'free market.' dan krisis sub-prima

Ditambah dengan kisah-kisah politik seperti di blog kedahlanie , depa-kata atau antinajib dll cukup menyesakkan hati si wanita apabila ia menjadi topik utama lelaki untuk dibualkan dengan mereka. Pendek kata, " tolonglah.. aku tak tahu laa nak komen..! "

Kenapa ini berlaku? Adakah mereka tidak berminat ? heHe Untuk makluman, wanita ini pun hendak sama join setiap isu yang berlaku sehari-hari, tetapi disebabkan tahap pencapaian si wanita ini kureng, so mereka ini mengambil langkah mudah untuk just follow the issue. Tak percaya, tanya mak-kakak korang pasal Lim Guan Eng. Apa yang mereka akan jawab selain dia itu CM Penang, orang DAP dan bukan Melayu. Itu aja mereka mampu cerita. Salah mereka ke? heHE jangan salahkan mereka, sengaja Tuhan cipta supaya dunia ini ada variasi. Jumpa lagi!