Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini aku nak bercerita tentang motif aku 'create' blog ini. Adakah kerana aku ni anti-pompuan? heHE Suatu ketika dahulu, ada laa skit-skit perangai gitu, tapi hari ini aku percaya, dan yakin bahawa sebenarnya semua naluri gitu adalah RETORIK semata-mata. Tanpa perempuan, lelaki sebenarnya tak boleh hidup. Percaya tak..?? jgn melenting dulu, wahai lelaki~
Kita ambil contoh begini.. Pernah jumpa persatuan/pertubuhan Kaum Bapa Tunggal tak ? hihi tak jumpa kan? Kalau ibu tunggal tu, banyak la kan? Lagi satu, pernah jumpa lelaki yang tak pernah berhubung dengan perempuan sepanjang hayatnya? At least, mesti si lelaki tu ada anak saudara perempuan, jiran perempuan atau paling-paling lekeh pun, akak jaga kedai runcit pun, for sure la perempuan kan? haHA
Tapi mari kita tengok situasi si perempuan pula. Kalau orang dulu-dulu, yang duduk d kampung, kalau nak keluar rumah hatta g sidai baju pun, mesti kelubung kepala, sebab mak-ayah dia dah ajar supaya jaga aurat, jaga syariat. Orang-orang sekarang ini aja mak-ayah sudah buat tak tahu pasal hukum-hakam ni. Pernah dengar cerita Siti Mariam, ibunda Nabi Isa AS. Kalau tak kerana asbab beliau nak melahirkan Nabi Isa AS tu, ustaz kata sampai kesud pun tak akan beliau jumpa dunia luar ini sebab beliau sudah dinawaitu untuk menjadi rahib di rumah ibadat agama nabi Ibrahim AS dahulu
Dari sini kita sudah nampak perbezaan si lelaki dan perempuan. Yang lelaki memang la ada freedom di situ untuk bebas ke mana-mana. That's why lelaki ini yang terdedah dengan dunia luar akhirnya tak mampu hidup di dunia ini tanpa berjumpa dengan wanita waima sehari pun! Ini dari pengalaman aku sendiri. Tetapi bagi wanita, depa no-hal kalau sehari, dua hari hatta seminggu pun tak berhubung dengan si lelaki ini sebab itu lagi memudahkan hidup depa; tak perlu risau bab aurat-penampilan-control2 ayu nie. Any comments, hit kat bawah yer..? Oh yer, hari ni, hari akhir di tahun 2008 kan? So..?? Jumpa lagi tahun 2009!
0 ulasan:
Catat Ulasan